WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Wednesday, February 27, 2013

Meraikan Chap Goh Meh

 SIDANG AKHBAR
23 Februari 2013 ( Ahad )

Seri Malaysia Melaka sekali lagi mengambil inisiatif dan menyahut saranan Perdana Menteri Malaysia ( Dato Seri Najib Bin Tun Razak ) iaitu perpaduan sesama kaum dalam konsep 1Malaysia,  meraikan Chap Goh Meh yang jika diterjemahkan bermakna “ Malam ke 15 Tahun Baru Cina”. Mengikut tradisi lama, acara utama festival itu ialah ribuan wanita akan menulis nama dan nombor telefon masing-masing untuk dilontarkan ke dalam sungai / tasik dan kemudian akan dikutip secara rawak oleh pengunjung lelaki.

Hari ini, sebilangan gadis muda yang dijemput pada program ini melontar buah limau beserta nombor telefon masing-masing ke dalam sungai Melaka, dan kemudian dikutip oleh pengunjung lelaki yang hadir.

Turut hadir, Presiden Persatuan Pelancongan Melaka, Ms. Madgelina Kuah, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pelancongan Melaka, Ms. Irene Huang, dan Pengurus Residen Seri Malaysia Melaka, Encik Ghafor Bin Aboo Bakar.

Para hadirin juga dihidangkan dengan makanan ringan ( Hi Tea ) di Malaccafe sambil dihiburkan alunan muzik dari kumpulan “ Body & Soul” .

Pihak hotel ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, juga kepada pihak kolabrasi , iaitu Malaccafe, Perbadanan Sungai Dan Pantai Melaka, Malacca Tourism Association, Tourism Malaysia Melaka dan lain lain.

Kami juga berharap agar tradisi seperti ini tidak  dilupakan dalam zaman teknologi canggih ini dan tahun depan akan lebih meriah lagi.









Tuesday, February 5, 2013


A'Famosa Resort - Melaka, Malaysia

A'Famosa Resort












Promotions @ Equatorial Hotel,Melaka





Promotions
Loh Hei! Loh Hei! Yee Sang 
Resthouse Café
1 - 24 February 2013

Available: Daily; 12.00 noon to 8.00 pm
Dine-in and takeaway
Price:
Rainbow Yee Sang: RM65++ per portion (Large) and RM45++ per portion (Medium)
Salmon Yee Sang : RM95++ per portion (Large) and RM75++ per portion (Medium)





Prosperity Chinese Set DinnerPhoenix Ballroom
9 - 11 February 2013
There will be a Lion Dance Performance at the lobby on 11 February 2013 at 11.30 am.
Available: Daily; 6.30 pm - 10.00 pm
Price:
RM988++ per table of 10 persons
RM1288++ per table of 10 persons













Berries and Passion Fruit Mousse CakeEtc...
1 January - 28 February 2013
Layers of light vanilla sponge, passion fruit mousse, with a twist of mixed berries jelly.




























Valentine's Day Dinner
Resthouse Café and 
Kampachi
14 February 2013
Valentine's Day Set DinnerResthouse Café
Time: 7.00 pm - 10.00 pm
Price: RM158++ per person
(Inclusive of a surprise gift for all ladies)
Valentine's Day Buffet DinnerKampachi
Time: 6.30 pm - 10.00 pm
Price: RM92++ per person
(Inclusive of a surprise gift for all ladies)













Stay Indulgence @ Holiday Inn Melaka




At the Holiday Inn Melaka, we understand how special a family get together is. That is why our Chinese New Year Reunion Dinner Menu features all your favourite festive dishes priced at only RM888++, RM988++ or RM1288++.





This Chinese New Year is also the perfect time to pamper ourselves at Tea Tree Spa. Relax and rejuvenate with our 90-minute of Hibiscus Rose Scrub, Hair Cream Bath Avocado and an Express Tension Relief Massage selling at only RM174nett.

Selamat Tahun Baru Cina !

Melaka Wonderland
 wishes you 
Gong Xi Fa Cai !!!



Kim Mei Ee
Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh Melaka
Tel : 06-231 3333 / 1119 ext 313
Fax : 06-231 3339
Mobile : 016-248 3255
E-mail : kim@melakawonderland.com.my


Saturday, February 2, 2013

Thaipusam menyambut Dewa Murugan


Thaipusam: Penganugerahan kepada Dewa Murugan

thaipusam2013(5)e
Pada 27 haribulan Januari yang lalu, rakyat Malaysia khususnya yang beragama Hindu telah menyambut perayaan keagamaan yang penuh dengan budaya dan adat tempatan. 

Thaipusam adalah perayaan keagamaan Hindu yang disambut oleh dua komuniti yang sama tapi tak serupa iaitu komuniti Tamil dan Chetty. 
Apa yang menarik adalah hakikat bahawa perayaan Thaipusam terbesar dan paling meriah di dunia bukannya di India tetapi di Batu Caves, Malaysia. 
Singapura, Thailand dan Burma turut menyambut perayaan ini, namun tiada yang boleh dibandingkan dengan jumlah pengunjung yang mencecah angka dua juta di Batu Caves atau Batu Malai dalam bahasa Tamil yang bermaksud “gunung batu”. 
Perayaan Thaipusam di Tanni Malai atau Gunung Air di Pulau Pinang mampu menandingi jumlah pengunjung di Batu Caves pada hari perayaan.
Perkataan Thaipusam adalah gabungan dua perkataan, iaitu Thai nama bulan dalam kalendar Tamil dan Pusam nama sebuah bintang yang mengufuk dan paling terang pada hari Thaipusam. 
Perayaan ini adalah untuk memperingati peristiwa penganugerahan vel oleh Dewi Parvati kepada Dewa Murugan untuk menghapuskan raksasa bernama Soorapadman. 
Dewi Parvati ada kaitannya dengan istilah Ibu Pertiwi, penganut Hindu percaya bahawa Dewi Parvati juga adalah Dewi Bumi.
Jika anda peka anda akan perasan bahawa laungan popular Thaipusam iaitu “Murugan’ku arogara!” yang disambut dengan laungan “vel vel vetri vel”, bermaksud Murugan menerima anugerah iaitu senjata vel atau lembing yang berjaya. 
Perkara ini juga turut menjelaskan mengapa perarakan vel Thaipusam bermula di Kuil Seri Maha Mariaman (nama lain untuk Dewi Parvati) ke Kuil Batu Caves (Kuil Murugan). 
Pada hari ini Vel menjadi symbol senjata memerangi kezaliman, dan ketidakparwaan.
Dewa Murugan adalah dewa khusus bagi ras Tamil yang berasal dari India Selatan. Juga dikenali dengan nama Skanda, dewa ini dianggap sebagai dewa penjaga orang Tamil. 
Disebabkan kepercayaan itu, Murugan tidak popular sebagai dewa utama dan jarang dikenalpasti oleh penganut Hindu bukan Tamil. 
Walaubagaimana pun sejak dua dekad yang lepas populariti Dewa Murugan terus memecah tembok-tembok perkauman. 
Pada hari ini penganut Dewa Murugan terdiri daripada pelbagai lapisan etnik India, Cina, Siam dan juga bangsa Eropah. Bagi yang teliti memerhati, anda akan perasan bahawa kebanyakkan dewa-dewi agama Tao mempunyai persamaan dengan dewa-dewi Hindu.
Agak janggal apabila dilihat pegawai-pegawai Polis berbangsa Melayu yang bertugas menjaga keselamatan pengunjung di perayaan Thaipusam. 
Satu fenomena yang jarang kita lihat, iaitu masyarakat India Malaysia berinteraksi dengan Polis Raja di Malaysia tanpa apa-apa ancaman keganasan, sebaliknya pihak Polis menjaga keselamatan mereka. 
Komuniti Melayu biasanya menjauhi perayaan Thaipusam kerana ramai yang percaya ritual-ritual yang dijalankan adalah melibatkan semangat-semangat jahat dan juga kerana ajaran Islam yang mengharamkan partisipasi dalam upacara keagamaan bukan Islam.
Satu lagi perkara yang menarik di Thaipusam adalah keadaan kebanyakkan penganut yang seperti dirasuk. Sebilangan besar penganut Hindu yang menunaikan nazar di Thaipusam, menjemput semangat-semangat dewa tempatan untuk membantu dalam melakukan aksi-aksi yang mengingkari kesakitan. 
Dalam perayaan Thaipusam kesakitan itu dilihat sebagai satu bentuk pembersihan jiwa. 
Pada masa yang sama ramai juga penganut Hindu yang menolak amalan seperti itu kerana mereka percaya ada semangat-semangat jahat yang turut serta dalam Thaipusam. 
Namun sedemikian perkara seperti itu tidak mendapat perhatian ramai kerana sifat agama Hindu itu sendiri yang percaya bahawa semangat jahat juga mempunyai hak untuk mendapatkan pencerahan dan pengampunan dosa.
Antara semangat-semangat yang popular dipanggil untuk membantu dalam aksi-aksi Thaipusam adalah semangat separuh dewa seperti semangat Madurai Veeran, dewa penjaga masyarakat miskin yang boleh dikenalpasti dengan pemakaian serban dan dhoti, serta meghisap cerut. 
Selain itu semangat Dewi Kali yang mengerunkan dengan rambut terurai dan lidah terjelir yang disapu kum kum boleh dikenalpasti dengan pemakaian pavadai merah atau hitam juga popular. 
Semangat waja Dewa Hanuman, dewa monyet boleh dikenalpasti dengan memerhati penganut-penganut yang menunjukkan gerak-geri ala-ala monyet.
Dikalangan masyarakat Cina yang turut serta dalam menunaikan nazar pula ada yang menjemput semangat-semangat Sembilan Dewa Maharaja Cina untuk membantu dalam ritual tersebut. Perayaan Nine Emperor gods yang disambut masyarakat Cina di Pulau Pinang amat menyerupai sambutan Thaipusam. 
Istilah “mah song” yang digunakan dalam perayaan tersebut mengambarkan penganut yang menjemput roh-roh dewa-dewi untuk merasuk badan mereka. 
Mah bermaksud kuda dalam bahasa Siam, dan istilah “mas song” pula merujuk kepada cara semangat-semangat dewa-dewi ini menggunakan badan manusia sebagai pengangkutan seperti menunggang kuda.
Tradisi “mah song” dalam perayaan Nine Emperor gods dipercayai diadaptasi daripada amalan dalam perayaan Thaipusam. 
Istilah itu juga mengambarkan dengan tepat apa yang berlaku dalam tarian Kuda Kepang masyarakat Melayu. 
Ritual tarian Kuda Kepang berkait rapat dengan rasukan semangat halus, namun kesan daripada Islamisasi budaya Melayu tarian Kuda Kepang hari ini, cuma sekadar tarian yang dipadankan dengan mitos Sembilan ulama Jawa yang menyebarkan Islam di Java Indonesia.
Perayaan Thaipusam di Pulau Pinang pula agak unik berbanding yang lain. Di Pulau Pinang, perayaan Thaipusam dimulakan oleh masyarakat Chetty dalam satu ritual yang dikenali sebagai Chetty Pusam. 
Kaum Chetty adalah peranakan India yang banyak ditemui di negeri-negeri selat. 
Seperti Peranakan Cina, kaum Chetty tidak fasih bertutur Tamil, sebaliknya mereka bertutur bahasa Melayu yang penuh dengan istilah-istilah pinjaman dari bahasa Tamil. 
Kaum Chetty sudah menetap di negeri-negeri Selat sejak 1500’an.
Chetty Pusam agak berbeza dengan ritual Thaipusam yang lazim kerana masyarakat Chetty menunaikan nazar dengan menggunakan kavadi yang dihiasi bulu burung merak dan mereka tidak gemar akan ritual mencucuk tubuh dan aksi-aksi mengikari kesakitan. 
Lazimnya perarakan Chetty Pusam disertai dengan pemain gendang, dan trumpet India serta penari-penari kavadi kecil.
Sudah tentu rencana berkaitan Thaipusam di Batu Caves tidak lengkap dengan cerita rakyat Si Tanggang Anak Derhaka. 
Cerita rakyat tersebut mengkisahkan tentang Si Tanggang yang disumpah oleh Ibunya setelah Tanggang enggan mengaku ibunya yang miskin sesudah kembali dari perantauan. 
Ada yang percaya bahawa Si Tanggang menjadi batu akibat sumpahan Ibunya dan kononya peristiwa ini berlaku di Batu Caves. 
Kebetulan pula Dewa Murugan juga dipercayai tidak sebulu dengan keluarganya dan sering bertengkar dengan Dewa Sivan, Parvati dan Ganesha, kemudian meninggalkan keluarganya dan menetap di gunung-gunung yang tinggi bersama burung meraknya.
Batu Caves adalah bukti kepada toleransi agama yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. 
Thaipusam pula telah menjadi antara perayaan keagamaan yang besar di Malaysia. 
Thaipusam juga merupakan cuti umum di beberapa buah negeri dalam persekutuan. 
Saya percaya Thaipusam telah menjadi sebahagian daripada identiti kebudayaan unik masyarakat Malaysia dan akan terus menjadi tarikan pelancong dan penganut agama Hindu dari seluruh dunia.
*Bagi yang berminat, cerita rakyat Si Tanggang direkodkan buat kali pertama pada tahun 1900 dalam sebuah buku yang diterbitkan oleh The Macmillan Company : New York, berjudul Malay Magic dan ditulis oleh Walter William Skeat sebagai Charitra Megat Sajobang.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Asal penulisan daripada:
Lingswaran Singh adalah seorang peguambela dan peguamcara yang aktif dalam aktivisme sosial, turut merupakan seorang pengamat budaya dan kelakuan sosial masyarakat.

Friday, February 1, 2013

Philea Resort & Spa, Melaka





Chinese New Year is incomplete without Yee Sang or ‘Lo Hei’. 

It is common to find Yee Sang as the starter for Chinese New Year meals and is best enjoyed with large groups of family and friends, voicing aloud auspicious wishes to one another. 

Each of the numerous ingredients, including salmon, pomelo, radish, to name a few, are all symbolic of tidings of abundance, success and fortune for the coming New Year.



The 'Sau Gong Jau' or appreciation meals, marking the end of a good year are perfect for company get-togethers to show your gratitude and share some delicious memories with your staff or customers.  

Indulge in these specially prepared menus by Master Chef Wang and his culinary team. And don't forget to toss up some good luck with our Yee Sang offerings. 





For reservations, call our F&B Dept at 06-289 3399 or email: fb@phileahotel.com.my.

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP